Pertandingan Koir Kemerdekaan

Pertandingan Koir Kemerdekaan Sempena sambutan bulan kemerdekaan Peringkat Sk Kg Baru Bintulu telah diadakan pada 17-19 Ogos 2009. Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada Tahun 1 - Tahun 5. Setiap kelas dibimbing oleh guru kelas masing-masing. Dalam pertandingan ini, murid-murid dipupuk dengan semangat patriotisme dan cintakan negara apabila menyanyikan lagu-lagu patriotik. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat dididik menyayangi negara diperingkat yang masih kecil lagi.
video







Pada 14 Ogos 2009, SK Kampung Baru telah mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat untuk murid-murid beragama Islam dan ceramah moral untuk murid yang beragama Kristian, agar mereka berjaya dalam UPSR. Dalam majlis bacaan yasin, Ustaz Rahmat memberikan sedikit tips dan tazkirah kepada murid-murid beragama Islam di Surau. Puan Pauline pula memberikan ceramah moral untuk murid-murid beragama Kristian. Di harapkan usaha ini akan diberkati oleh Tuhan dan semoga SK Kampung Baru mencatatkan kejayaan yang lebih baik dalam UPSR tahun ini.

Koleksi Doa 2



Koleksi Doa





;;